(Click here for English version of the Privacy Notice)

NOTIS PRIVASI

Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”). Ia menjelaskan jenis data yang kita kumpul atau telah kumpul dan bagaimana kita mengumpul data berkenaan, tujuan memproses data sedemikian, pihakpihak yang kita dedahkan atau telah dedahkan data berkenaan serta pilihan yang tersedia kepada kamu termasuk bagaimana hendak mengakses dan membetulkan data peribadi sedemikian. Dokumen ini adalah juga bertujuan untuk memberikan anda, selaku subjek data, pengetahuan tentang bagaimana anda boleh mengawal pendedahan data sedemikian oleh kita.

DATA PERIBADI YANG KITA KUMPUL DARI KAMU

Kita mungkin perlu mengumpul,merekodkan, menyimpan, menggunakan dan/atau memproses data peribadi anda secara amnya bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan kita. Data peribadi kamu yang mungkin akan turut melibatkan yang berikut (“Data Peribadi”):-

Nama, nombor pendaftaran kad pengenalan, nombor pasport, gambar, alamat e-mel, alamat pos, umur, nombor telefon, nombor telefon bimbit, butir-butir KWSP, butir-butir PERKESO, butir-butir cukai pendapatan, butir-butir pekerjaan dan latar belakang termasuk butir-butir pendapatan semasa dan yang lepas, butir-butir akaun bank, butirbutir kad kredit, taraf perkahwinan, jantina, kewarganegaraan, butir-butir anak, nama saudara mara dan pertalian persaudaraan termasuk butir-butir peribadi dan cara untuk dihubungi, minat/kegemaran peribadi, hobi, kemahiran, bahasa-bahasa yang diketahui, pendidikan dan lain-lain kelayakan, pencapaian, asal-usul etnik, butir-butir rujukan, rekod-rekod perubatan, keadaan atau kesihatan fizikal dan mental, kepercayaan agama atau lain-lain kepercayaan yang bersifat serupa, sabitan atau sabitan yang dikatakan akan sesuatu kesalahan, penyesuaian seks dan maklumat berkaitan lain yang perlu dan bersampingan dengan perniagaan kita.

DATA SENSITIF

Segelintir daripada data peribadi yang kita kumpul and proses mungkin termasuk perkara-perkara yang ditakrifkan sebagai “data peribadi sensitive” di bawah AKta dan ini adalah termasuk, akan tetapi tidak terhad kepada:

Bangsa, Agama, Kesihatan, Rekod-rekod kesalahan jenayah.

BAGAIMANA KITA MENGUMPUL DATA PERIBADI

Apabila anda melayari laman web kita, kita boleh mengumpul data yang diberikan oleh anda apabila anda:

(a) mendaftar atau melanggan untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kita atau meminta perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk yang selanjutnya dari kita pada mana-mana laman web kita;

(b) menghubungi kita untuk membuat laporan tentang masalah berkenaan laman web kita atau untuk membuat sebarang pertanyaan atau komen; dan

(c) memohon kepada kita secara dalam talian untuk pekerjaan. Anda mungkin perlu memberi (tanpa had) data mengenai pelajaran, butir-butir pekerjaan terdahulu dan akreditasi-akreditasi anda. Penghantaran permohonan anda kepada kita merupakan persetujuan nyata anda untuk kita mengguna, menyimpan dan memproses data peribadi anda untuk, antara lain, mengakses permohonan anda dan membenarkan kita untuk menjalankan sebarang pemeriksaan rujukan dan aktiviti-aktiviti berkaitan lain yang mungkin perlu dijalankan oleh kita di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai. Kita juga boleh mengumpul data peribadi anda dari maklumat dan rekod umum dan pihak ketiga.

Di mana anda telah bersetuju, kita juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda tentang promosi, acara dan apa-apa perkhidmatan bernilai tambah:

  • berkaitan dengan mana-mana Produk dan / atau Perkhidmatan kita;
  • dari syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kita; dan
  • mengenai perkhidmatan pihak ketiga dan / atau produk yang kita rasa mungkin menarik minat anda.

PENDEDAHAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI

Kita akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan seperti yang didedahkan kepada anda semasa pengumpulan data peribadi anda, atau sebaliknya seperti yang dinyatakan di Dasar Privasi ini. Kita tidak akan menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain tanpa mendapatkan persetujuan anda terdahulu, kecuali di mana dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Secara am, kita hanya akan memegang, mengguna, mendedah dan sebaliknya memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

(a) memberi atau memudahkan penghantaran produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kita kepada anda;

 (b) mengekalkan hubungan perniagaan kita, di mana anda merupakan pengguna laman web kita, pelanggan atau calon;

(c) membenarkan anda menghantar vitae kurikulum anda secara amnya, untuk memohon pekerjaan-pekerjaan spesifik atau untuk melanggan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kita.

(d) memadan maklumat berkod anda dengan jawatan kosong, untuk membantu kita mencari jawatan yang paling sesuai untuk anda dan, di mana anda telah memberi persetujuan terdahulu anda sebagai calon, untuk menghantar data peribadi anda kepada pelanggan-pelanggan bagi tujuan memohon pekerjaan-pekerjaan untuk anda;

(e) berkomunikasi dengan anda, termasuk menjawab pertanyaan–pertanyaan anda;

(f) pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, menasihati anda tentang berita-berita dan kemaskini industri, acara-acara, promosi-promosi dan pertandingan-pertandingan, laporan-laporan dan maklumat lain. Sekiranya anda tidak ingin menerima komunikasi sedemikian, anda boleh berhenti melanggan daripada komunikasi-komunikasi tersebut pada bila-bila masa;

(g) kepada pihak ketiga yang boleh dipercayai di mana kita telah mengekalkan mereka untuk memberi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diminta oleh anda, seperti penilaian psikometrik atau ujian kemahiran, dan kepada pihak ketiga yang memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepada kita, seperti penasihat profesional, perunding-perunding IT, rumah mel (“mailing house”) dan koordinator fungsi.

 (h) kita juga boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pengawal selia atau pihak penguatkuasaan undang-undang, jika mereka mengkehendaki kita berbuat demikian;

(i) memenuhi atau mematuhi sebarang kehendak undang-undang, peraturan atau keperluan berkanun berkenaan dengan peruntukan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kita dan untuk membuat pendedahan dibawah kehendak mana-mana undang-undang, perundangan, aturan, ketetapan, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod (secara kolektif “undang-undang”) yang terpakai dengan kita;

(j) penyelidikan, penanda aras dan penyelidikan statistik; dan

 (k) kita mungkin juga akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengumpul, menyimpan, mengguna dan mendedah data peribadi anda untuk sebarang tujuan atau sebab yang tidak disenaraikan di atas atau yang dibenarkan di bawah APDP atau sebarang undang-undang lain yang terpakai.

KEPADA SIAPA YANG KITA MUNGKIN AKAN DEDAHKAN DATA PERIBADI

Semasa memproses Data Peribadi kamu, kita boleh mendedahkan Data Peribadi sedemikian kepada orang-orang yang berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(a) jabatan-jabatan dalam Agensi kita termasuk dari mana-mana pengarah, perunding pakar perekrutan dan pekerja-pekerja kita atas dasar perlu ketahui;

(b) juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, perunding-perunding, penanggung-penanggung insurans, penanggung-penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat-penasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma-firma guaman di dalam bidang kuasa lain), rakan-rakan atau sekutu-sekutu perniagaan atau, panduanpanduan rujukan undang-undang yang mempunyai tugas berkewajipan terhadap kita untuk menyimpan rahsia;

(c) pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan di Malaysia dan di negara-negara di mana kita, juruaudit-juruaudit kita, peguam-peguam, penasihatpenasihat, jurubank, ejen-ejen, pembekal perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firmafirma guaman di dalam bidang kuasa lain), rakan-rakan atau sekutu-sekutu perniagaan atau, panduan-panduan rujukan undang-undang kita hadir atau memerlukan kelulusan atau dihendaki mengemukakan maklumat sedemikian;

(d) semua orang atau badan lain yang membekalkan kepada kita perkhidmatan yang perlu dan/atau yang bersampingan dengan perniagaan kita.

Kita boleh memproses Data Peribadi kamu termasuk menghubungi kamu bagi tujuan yang dinyatakan di sini menerusi panggilan telefon, pesanan ringkas, e-mel, aplikasi pesanan mobil pelantaran silang, pos, faks, media sosial atau menerusi walau apa cara komunikasi tersedia yang boleh didapati.

PERPINDAHAN KE LUAR NEGERA

Kita boleh memindahkan Data Peribadi kamu ke tempat-tempat di luar Malaysia semasa melaksanakan mana-mana dari tujuan yang dinyatakan di sini.

DATA PERIBADI : HAK ANDA

Anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kita pegang tentang anda. Kita tidak akan memberikan akses jika ia akan mengganggu hak privasi orang lain atau jika ia melanggar apa-apa kerahsiaan yang bersangkutan dengan maklumat itu. Anda boleh meminta akses dan pembetulan kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kita atau meminta bahawa data peribadi anda dikemaskini atau dipadam.

Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi anda dengan memberi notis yang munasabah kepada kita dengan menghantar permintaan bertulis kepada Pegawai Data Privasi kita di butiran hubungan yang disediakan di bawah.

Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kita mungkin memerlukan masa yang berpatutan (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kita dengan anda) untuk permintaan anda diproses dan untuk kita memaklumkan anda tentang implikasi penarikan balik persetujuan anda.

Kita juga mungkin meminta anda untuk mengesahkan identiti anda dan meminta maklumat lanjut mengenai permintaan anda.

PERUBAHAN TERHADAP KENYATAAN PRIVASI INI

Kenyataan Privasi kita dikaji dan dikemas kini dengan kerap, dan butiran terkini akan sentiasa tersedia di laman web kita di http://recruitlink.com.my/site/privacy-policy. Kita boleh meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terdahulu kepada anda.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Jika, pada bila-bila masa, anda berhasrat untuk mengakses, memadamkan atau membetulkan maklumat anda atau mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan tentang privasi anda, sila e-mel Pegawai Data Privasi kita di privacy@recruitlink.com.my

Jika terdapat sebarang percanggahan di dalam versi Bahasa Malaysia dengan versi Bahasa Inggeris, kita akan mengguna pakai versi Bahasa Inggeris.